Bahasa Melayu Penulisan UPSR- contoh idea penulisan FAKTA

Salam semua.
Sy share cara menjana idea murid utk  menulis karangan lengkap menggunakan teknik ACK (Aku  Cinta Kamu). Sebut je  perkataan cinta tu,amboiii budak2 ni kembang kempis jadinya..mudah sangat ingat...jadi...kalau mudah diingati ,maka mudah la utk jana idea  terutama soalan karangan jenis fakta  bahagian C serta membuat ulasan bahagian B  BM kertas 2 ya.Memang sangat2 membantu.

Ok,jd  perincian  formula ACK  begini:
Aku -Apa
Cinta-Cara/contoh
Kamu-Kesan


Cara Menjaga Kesihatan Diri
pd(pendahuluan)
rujuk soalan/tajuk
idea
1. Apa-Menjaga kebersihan diri
cara/contoh  -Mandi sekurang-kurangnya 3 kali sehari/gosok gigi/,mandi bersabun,potong kuku
kesan -anggota badan bersih-terhindar  drp penyakit.

2. Sentiasa memakai pakaian yang bersih.
-tukar baju  selepas mandi/elak memakai semula baju yang sudah dibasahi peluh
-elak bau/ kuman/bakteria  -jangkitan pada kulit

3. Membuat senaman bagi mengeluarkan peluh.
-berjoging
-Ini boleh melancarkan perjalanan darah dalam badan/elak obesiti
-badan cergas otak cerdas

4. Makan makanan seimbang
-rujuk piramid makanan
-makanan berkhasiat,bdn sht

5. Minum air masak
-sekurang2nya 8 gls sehari
-bdn rasa lbh  cergas /elak dehidrasi

6. Tidur yang cukup
-8 jam sehari utk kanak2
-tidak mengantuk/ lbh tumpuan  dlm kls/semasa belajar.

7.berjumpa doktor secara berkala
-sekurang-kurangnya 6 bulan sekali
-dpt mengetahui tahap kesihatan .mencegah lbh baik drp mengubati.

pt(penutup)
perasaan/harapan/kesimpulan


Cara-cara untuk Menjadi Pelajar Cemerlang/ Menceritakan tentang Rahsia Kejayaan dalam UPSR
pd-rujuk tajuk/soalan

idea
1.membuat  jadual waktu belajar
-jadual khas -agihan  subjek/masa belajar dan bermain
-lebih berdisiplin dan masa belajar serta bermain yang teratur

2. Banyak membaca dan merujuk
-buku nota /buku rujukan-rujukan internet
-pengetahuan bertambah
-membaca jambatan ilmu

3. Selalu membuat ulangkaji
-pergi ke perpustakaan/ulangkaji pada waktu lapang
-lebih memahami apa yang telah dipelajari

4. Banyak membuat latihan
-latih tubi soalan
-lebih mahir

5. Menumpukan perhatian sepenuhnya ketika belajar
-jangan bercakap /fokus kpd apa yang diajar oleh guru
-cepat faham dan kuasai apa yg dipelajari

6. Rajin bertanya jika bermasalah
-berani /terus bertanya guru/rakan
-tidak stres/ rasa tertekan dengan masalah/perasaan lebih seronok

7. Belajar berkumpulan bersama rakan-rakan
-bina kumpulan belajar 3-5 orang
-dapat berbincang/bertukar idea/tidak bosan

8. rajin berusaha/Sentiasa membina sikap diri yang positif/tidak putus asa
-rajin, tabah, bersemangat, bersungguh-sungguh.
-lebih bersemangat/di mana ada kemahuan,di situ ada jalan/kalau tak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya.

pt-harapan/perasaan/kesimpulan



Cara Mengurangkan/Mengatasi salah Laku/Masalah Disiplin Pelajar

pd-rujuk soalan/tajuk
idea 1. Kawalan ibu bapa/sekolah/masyarakat
-pantau  aktiviti anak-anak
-mencegah salah laku anak-anak/mencegah lebih baik daripada mengubati

2. Banyakkan aktiviti kokurikulum
-Unit beruniform/kelab dan persatuan/sukan dan permainan
-masa diisi dengan kegiatan yang berfaedah

3. Beri didikan agama secukupnya
-melentur buluh biarlah daripada rebungnya.
-tapak/asas yang kukuh utk menjalani kehidupan yang mencabar

4. Wujudkan keluarga penyayang
-luangkan masa bersama keluarga
-anak-anak  rasa lebih dihargai dan disayangi

5. Peranan media
-melalui iklan/kempen dsb
-memberi pengetahuan kpd kanak2/remaja

6. Penerapan nilai-nilai murni dalam pelajaran
-simuasi /motivasi  sebelum PdP
-murid lebih berdisiplin

7. Ketatkan peraturan yang sedia ada
-adakan peraturan/denda
-murid lebih berhati2 dan menjaga tingkah laku

8. Menyertai program motivasi diri
-anjuran NGO/Unit Bimbingan dan Kaunseling
-membentuk jati diri murid terbaik

pt-harapan/perasaan/kesimpulan



Faedah Kelas Tambahan Di Sekolah
pd-rujuk soalan/tajuk

idea

1. Mendapat lebih banyak maklumat
 – waktu persekolahan biasa terhad/kelas terancang
-murid lebih cemerlang

2. Mengukuhkan pemahaman tentang sesuatu pelajaran
-latihan tambahan
-pemahaman murid bertambah-pelajaran lebih menyeronokkan

3. Suasana pembelajaran lebih selesa
– kurang gangguan, pakaian sukan, boleh berbincang semasa kelas
-pembelajaran lebih berkesan

4. Peluang berjaya lebih cerah
 – latihan banyak,/pendedahan tentang teknik menjawab pun banyak
-dapat aplikasi pengetahuan dalam peperiksaan-kejayaan

5. Jimat wang
 – bayaran yang rendah/tiada bayaran dikenakan oleh guru di sekolah
-duit boleh digunakan untuk keperluan lain.

pt-harapan/perasaan/kesimpulan



Faedah Menyertai  Aktiviti Kokurikulum
pd-rujuk tajuk/soalan

idea

1. Memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah
-unit beruniform/kelab persatuan/sukan permainan
-elak gejala yang tidak sihat

2. Menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam pelajaran
 – melalui  aktiviti persatuan /kawad kaki/berkhemah
-pengetahuan luas melalui pengalaman dlm aktiviti

3. Meningkatkan kemahiran dalam sukan –permainan
-latihan semasa aktiviti/bimbingan oleh jurulatih
-menempa kejayaan di peringkat yang lbh tinggi

4. Memupuk/membentuk nilai-nilai murni
 –kepimpinan,bantu-membantu,bekerjasama
-menjadi murid yang berketerampilan

5. Murid aktif kokurikulum
-sijil penghargaan/wakili sekolah/daerah/negeri dalam aktiviti yang dianjurkan
– mudah ke sekolah berasrama penuh

6. melahirkan murid yang seimbang
-perkembangannya dari segi mental, jasmani dan emosi
-murid berketerampilan dan berkebolehan/menjadi murid contoh

pt-harapan/perasaan/kesimpulan



Faedah Komputer

pd-rujuk soalan/tajuk

idea

1. Mudah memproses maklumat
 – boleh dikeluarkan semula apabila dikehendaki
-kerja menjadi lebih mudah dan jimat masa

2. Murid boleh belajar sendiri di rumah
 –menggunakan komputer/maklumat di hujung jari
-pembelajaran menyeronokkan

3. Mudah mendapatkan maklumat
– melalui internet – tidak perlu baca banyak buku
-carian lebih pantas-jimat masa

4. Senang berhubung
– mel elektronik(email) dll.
-erat silaturahim/hubungan lebih mesra

5. Mendapatkan hiburan
- terdapat permainan komputer / boleh tonton cerita/filem
-hilangkan stres/lebih seronok

6. Terhindar daripada kegiatan tidak sihat
-keluar rumah,bercampur budak nakal
-mudahkan ibu bapa memantau anak-anak di rumah

7. meluaskan ilmu pengetahuan
-maklumat di hujung jari
-tidak menjadi spt katak di bawah tempurung

pt-perasaan/harapan/kesimpulan




Faedah Bersukan
pd-rujuk soalan/tajuk

idea

1.  menyihatkan badan
-badan berpeluh apabila bersukan
-badan cergas otak cerdas

2.elakkan obesiti
-bersenam dapat turunkan berat badan/kawal berat badan
-elakkan penyakit

3. Memupuk sikap bekerjasama dalam suatu  pasukan
-sukan bola sepak
-dapat mencapai kejayaan bersama-sama

4. Boleh meningkatkan kemahiran dalam sesuatu bidang sukan yang diminati
- Contoh- bola sepak
-menempah kejayaan ke peringkat yang lebih tinggi

5. Mudah mendapat pekerjaan sekiranya kita berkemahiran tinggi dalam suatu bidang sukan
-tawaran kerja
-kehidupan lebih terjamin

6.isi masa lapang dengan perkara berfaedah /elak tabiat sedentari
-bersukan pada waktu lapang/tidak hanya menonton tv/tidur sahaja
menghargai kesihatan badan /masa itu emas

pt-harapan/perasaan/kesimpulan




Pentingnya Berjimat Cermat Ketika Berbelanja/Faedah Menabung
pd-rujuk tajuk/soalan

idea

1. Berlatih tidak boros
 – beli yang penting sahaja
-elakkan pembaziran

2. Boleh menabung
-sedikit-sedikit,lama-lama jadi bukit / simpan di bank
-kegunaan masa depan

3. Melatih diri berdikari
 -beli keperluan sendiri hasil berjimat-cermat
 – tidak menyusahkan ibu bapa untuk membeli sesuatu

4. menjadi contoh
 – orang lain akan mengikut amalan yang mulia ini.
-lebih dihormati dan disegani

5. Boleh membantu diri/ibu bapa
- ketika kecemasan/kesempitan wang
-tidak perlu meminjam/berhutang drp orang lain/tidak akan terbeban

pt-harapan/persaan/kesimpulan




Faedah Membaca
pd-rujuk tajuk/soalan

idea

1. Menambahkan ilmu dalam pelbagai bidang
-membaca buku Sejarah,agama dll
-pengetahuan berkembang/tidak menjadi katak di bawah tempurung

2. mengukuhkan pemahaman dalam sesuatu pelajaran
-membuat rujukan/bacaan luas
-menjadi lebih cemerlang

3. Memperbaiki penguasaan / penggunaan bahasa –menambah kosa kata
-buku2 cerita/ilmiah
-penulisan bertambah mantap

4. Dapat mengisi masa lapang
-baca novel dll buku
-masa tidak disia-siakan/masa itu emas

5. Mengetahui isu semasa
- membaca akhbar
-tidak ketinggalan/dapat mengetahui perkembangan semasa

6. Mendapat  hiburan
-cerita lecu/ unsur kecindan dalam cerita yang dibaca
-hilangkan stres

7.mendapat pengajaran
-/ cerita-cerita bermoral
-panduan dalam kehidupan seharian
yang baik jadikan pedoman,yang buruk jadikan sempadan

pt-harapa/perasaan/kesimpulan




KEBAIKAN BELAJAR SECARA BERUMPULAN
pd-rujuk soalan/tajuk

idea
1. Suasana yang kondusif
– tidak terlalu formal
-selesa dan tenang

2. Dapat berkongsi ilmu bersama rakan yang lain
- pelbagai idea dapat dikongsi  bersama
– suasana pembelajaran lebih menarik./idea bertambah

3. Memupuk semangat bekerjasama
-saling membantu/rakan yang lebih pandai membantu rakan lain yang kurang arif
-cemerlang bersama-sama

4. Mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah.
-perbincangan kumpulan
-tidak membazir masa/masa itu emas

5.tidak mudah bosan
-belajar bersama/ada rakan berbual/berbincang
-senang ingat ttg pelajaran/pembelajaran lebih menarik

6.jimat masa menelaah
-pembahagian topik dengan rakan
-masa lain dapat diisi untuk topik/subjek lain

pt-harapan/perasaan/kesimpulan




KEBAIKAN AMALAN BERGOTONG-ROYONG
pd-rujuk soalan/tajuk

idea
1. Dapat memupuk semangat kerjasama
-kerja beramai-ramai
-muafakat membawa berkat
-bagai aur dengan tebing

2. Dapat mengeratkan hubungan silaturahim.
-bertegur sapa semasa aktiviti
-lebih mesra dan saling mengenali

3.ringankan kerja/kerja lebih cepat
-agihan kerja/kawasan kerja
-jimat masa
-berat sama dipikul,ringan sama dijinjing

4. Kebersihan kawasan persekitaran terpelihara.
-bersih longkang./menebas semak samun dll
-dapat elakkan  haiwan berbisa bersarang/longkang tersumbat dll-banjir kilat

5. Terhindar daripada wabak penyakit seperti Denggi
-bersih kawasan-tiada tempat pembiakan nyamuk aedes
-penduduk setempat lebih sihat

5. Mengisi masa lapang
-aktiviti hari minggu/cuti
-masa tidak disiakan/pengisian aktiviti kampung dengan perkara berfaedah

6. Menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. terutama anak-anak/generasi muda
-kerjasama,bantu-membantu,menjaga kebersihan
-ibu bapa sebagai model teladan anak-anak
melentur buluh biarlah daripada rebungnya

pt-harapan/perasaan/kesimpulan




CARA MENJAGA KEMUDAHAN AWAM
pd-rujuk soalan/tajuk

idea
1. Menggunakan kemudahan awam dengan sebaik mungkin
 – mengikut peraturan yang telah ditetapkan
-kemudahan terpelihara/elakkan vandalisme/hargai kemudahan bersama

2. Mengetatkan undang-undang
 – mengenakan hukum yang lebih berat kepada pesalah.
-orang awam lebih berhati-hati/lebih bertanggungawab

3. Peka dengan keadaan kemudahan awam
– melaporkan kepada pihak yang berkenaan sekiranya kemudahan awam tersebut rosak.
-wujud masyarakat prihatin

4. Mengadakan kempen Sayangi Kemudahan Awam
-melalui media massa dan media sosial
-wujud/timbulkan kesedaran di kalangan orang ramai

pt-harapan/perasaan/kesimpulan




CARA MENGISI MASA LAPANG
pd-rujuk soalan/tajuk

idea

1. Membaca bahan bacaan
 – surat khabar – buku – majalah
 - menambah pengetahuan/membaca jambatan ilmu

2. Bersukan
 – beriadah
 – menyihatkan badan – otak sentiasa cerdas

3. Melakukan hobi yang berfaedah
 – mengumpul setem
-masa tidak disiakan-masa itu emas

4. Melayari internet
– mencari maklumat bermanfaat
-luaskan pengetahuan/berguna untuk pelajaran

5. Membantu ibu bapa
– mengemas rumah – bergotong-royong
 – meringankan beban ibu bapa – rumah sentiasa kemas dan bersih

pt-harapan/perasaan/kesimpulan




CARA MENGHORMATI IBU BAPA / GURU / ORANG TUA
pd-rujuk soalan/tajuk

idea
1. Menolong ibu bapa / guru / orang tua ketika mereka memerlukan
-membawa buku/angkat barang dll
-rasa prihatin

2. memenuhi harapan ibu bapa
-belajar bersungguh-sungguh
--ibu bapa gembira

3. Tidak mengabaikan ibu bapa / guru / orang tua
-menjaga mereka ketika sakit
-merasa mereka lebih dihargai dan disayangi

4. Sentiasa berakhlak mulia
– patuh/taat/tidak bercakap kesat
-syurga di bawah tapak kaki ibu/ menjadi anak soleh

5. Sentiasa mendokan kebahagiaan ibu bapa / guru / orang tua.
-doakan  yang terbaik untuk mereka
-kehidupan lebih bermakna

pt-harapan/perasaan/kesimpulan




CARA MEMELIHARA ALAM SEKITAR
pd-rujuk soalan/tajuk

idea

1. Mengitar semula bahan buangan
-seperti kertas/kaca/plastik/aluminium
 – alam sekitar terpelihara/tiada pencemaran

2. Mengetatkan undang-undang
-akta /denda
-tindakan  lebih terkawal dan berhemah

3. Mengadakan kempen kesedaran
-kempen cintai alam sekitar dll
-wujud kesedaran orang ramai ttg alam sekitar

4. Memperkasakan subjek berkaitan alam sekitar di sekolah
-tanaman hidroponik/projek taman semula/1 pokok 1 murid
 – memberi kesedaran awal kepada murid tentang alam sekitar

pt-harapan/perasaan/kesimpulan




FAEDAH LAWATAN SAMBIL BELAJAR
pd-rujuk soalan/tajuk

idea

1. Menambah pengalaman baru
– suasana lawatan
-banyak berjalan luas pengalaman

2. Mengeratkan hubungan
-sesama rakan – guru – keluarga
-hubungan lebih mesra

3. Menambah ilmu pengetahuan
-tempat-tempat yang dilawati
– meluaskan pengetahuan sedia ada

4. Mengisi masa terluang
-aktiviti lawatan-semasa cuti/hujung minggu
-masa terisi dengan baik/masa itu emas

5. Memudahkan proses pembelajaran
– suasana lebih selesa dan menarik
-belajar daripada pengalaman lebih berkesan/pengalaman guru yang sangat baik

pt-harapan/perasaan/kesimpulan




CARA BERJIMAT CERMAT
pd-rujuk soalan/tajuk

idea

1. Membuat senarai semak perbelanjaan
 – sebagai panduan ketika berbelanja
-tidak berbelanja mengikut kehendak hati/lebih berhemat

2. Menabung
-tidak membelanjakan sepenuhnya wang yang diperoleh
 – dapat digunakan ketika kecemasan

3. Mengutamakan barangan keperluan berbanding kehendak
 – tidak membazir
-dapat simpan duit

4. Bersikap sederhana
– membeli barangan yang bersesuaian dengan pendapatan
 – mengutamakan kualiti berbanding jenama.
-menjadi pengguna yang bijak

5.membandingkan harga barangan sebelum membeli
-melihat senarai harga sebelum membeli
 -kurangkan kos/tidak tertipu dengan harga barang yang berbeza  untuk barang  yang sama

6.tutup suis lampu dan kipas bila tidak digunakan/tiada dlama kelas/semasa hndk keluar
-jimat elektrik
-jimat duit /bil

pt-harapan/perasaan/kesimpulan


.moga bermanfaat utk semua....idea-idea berkaitan dengan tajuk boleh diterima ya..yg ada kat atas tu blh la dijadikan panduan.. kalo ada typing error tu,,maaf ler..doh berpinoo bijik mate weiii....

No comments: