Salam semua student kesayangan..kali ni cikgu post beberapa tajuk karangan hasil yang mungkin dapat membantu anda semua.Cikgu akan sentiasa update dan mencari ruang2 di celah2 kesibukan n mg anda semua rajin2 la tgk ya. :)
FAEDAH MEMPUNYAI RAMAI RAKAN
“berkasih biar satu, berkawan biar seribu”. ini
jelas menunjukkan bahawa kita digalakkan berkawan dengan seberapa ramai yang mungkin. Apabila kita mempunyai ramai kawan, hidup kita tidaklah menjadi seperti
katak di bawah tempurung atau sebatang kara..Orang yang tidak mempunyai ramai kawan
atau tidak suka berkawan, mereka akan dikatakan sebagai kera sumbang. Sebenarnya,
banyak faedah yang akan kita peroleh jika kita mempunyai ramai kawan
Kita akan mendapat pelbagai
maklumat. Jika kita akan menghadapi peperiksaan, kita boleh bertukar-tukar
maklumat tentang mata pelajaran yang kita pelajari. Sebagai contohnya, kita
boleh bertukar-tukar nota,kertas soalan peperiksaan percubaan atau soalan
peperiksaan ujian bulanan .Melalui cara ini, maklumat yang akan kita peroleh
bertambah .
Bukan itu sahaja, kita dapat teman untuk belajar dan
mengulangkaji pelajaran. Sesungguhnya, pembelajaran secara kumpulan membolehkan
kita belajar dengan lebih baik.Kita tidak cepat bosan.Kita juga dapat
saling membantu dalam pelajaran. Contohnya, jika kita mengetahui tentang tajuk
yang dibincangkan kita dapat membantu rakan. Sebaliknya, jika kita kurang
memahami sesuatu tajuk pelajaran rakan kita yang mahir dapat membantu kita.
kita
juga dapat teman untuk berbual.Kita
berbual tentang pelbagai perkara yang berlaku di sekeliling kita.Dengan berbual
kita dapat membuang rasa bosan dan sunyi.Selain itu,perbualan dengan rakan juga
membolehkan kita menambahkan pengetahuan
dan berita atau maklumat tentang
sesuatu perkara.
Selain
itu,kita juga perlukan kawan untuk bermain atau beriadah bersama..Biasanya pada
waktu petang,kita akan mencari kawan untuk bermain bersama-sama kita seperti
bermain bola sepak,congkak,badminton,berjoging dan sebagainya.Di samping
menyihatkan badan kita,hubungan dengan rakan kita makin erat.
kita
dapat meminta pertolongan apabila kita menghadapi sesuatu masalah.Kita boleh
meminta bantuan daripada rakan, apabila berlaku perkara yang tidak diingini
seperti kita kehilangan wang, ditimpa kemalangan atau sebagainya. Kita juga
boleh meminta rakan memaklumkan kepada guru apabila kita tidak dapat hadir ke
sekolah. Sebagai rakan yang baik, kita juga mesti menolong rakan yang
menghadapi masalah.
Selain itu, kawan yang ramai akan meningkatkan hubungan silaturahim. Apabila
kita berkawan dengan ramai orang, hubungan kita dalam masyarakat sangat baik
dan mesra. Sebagai contohnya, kita hendaklah berkawan dengan semua pelajar,
guru, kakitangan sekolah, dan sebagainya.Apabila kita berkawan, kita akan dapat
meningkatkan hubungan silaturahim selain kita dapat mengetahui pelbagai ragam
manusia kerana banyak udang banyak garam banyak orang banyak ragamnya.
Harapan saya,kita perlu sentiasa berusaha untuk berkawan dengan sesiapa sahaja di sekolah atau di luar
sekolah. Namun demikian, kita hendaklah berhati-hati, kawan yang baik akan
membawa kita ke syurga, manakala kawan yang jahat akan membawa kita ke neraka
,jadi pandai-padailah kita untuk membuat pilihan antara intan dengan kaca.
Guru ialah insan yang mengajar kita mengenal huruf,membaca, menulis dan mengira. Ilmu yang diberikan tidak terbatas dalam bidang pendidikan sahaja, malahan merangkumi keperibadian seseorang. Justeru itu sewajarnyalah sebagai manusia perlu mengenang budi dan menghargai jasa mereka .
Cara terbaik untuk membalas jasa dan pengorbanan guru adalah dengan belajar bersungguh-sungguh. Di sekolah, kita hendaklah tekun mendengar ajaran guru dan janganlah mengamalkan sikap acuh tak acuh semasa proses pengajaran sedang dijalankan. sikap sebegini menyebabkan kita juga yang mengalami kerugian.Tumpuan kepada pengajaran guru menunjukkan rasa hormat dan membantu kita memahami dengan jelas apa yang diajar.
Selain itu, kita perlu menghormati mereka seperti kita menghormati ibu bapa kita. Apabila berbicara dengan mereka, gunakanlah kata-kata yang manis dan penuh budi bahasa. Janganlah bersikap berat tulang untuk menawarkan bantuan kepada mereka seperti mengangkat buku atau membersihkan kelas.
Apabila sudah berjaya, jangan sesekali melupakan jasa guru kita. Jangan jadi seperti kacang lupakan kulit.Jika ada kesempatan, kirimkanlah kad kepada mereka terutamanya pada Hari Guru. Malahan jika berpeluang kunjungilah mereka untuk bertanyakan khabar.
Akhir sekali, hadiah paling bermakna bagi membalas jasa guru ialah dengan menjadi murid yang berjaya dan cemerlang dalam bidang akademik serta menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.Guru pasti banggga jika anak didiknya menjadi insan berguna.
Harapan saya,sayangi dan hargailah jasa guru kita.
CARA-CARA MEMBALAS JASA GURU
Guru ialah insan yang mengajar kita mengenal huruf,membaca, menulis dan mengira. Ilmu yang diberikan tidak terbatas dalam bidang pendidikan sahaja, malahan merangkumi keperibadian seseorang. Justeru itu sewajarnyalah sebagai manusia perlu mengenang budi dan menghargai jasa mereka .
Cara terbaik untuk membalas jasa dan pengorbanan guru adalah dengan belajar bersungguh-sungguh. Di sekolah, kita hendaklah tekun mendengar ajaran guru dan janganlah mengamalkan sikap acuh tak acuh semasa proses pengajaran sedang dijalankan. sikap sebegini menyebabkan kita juga yang mengalami kerugian.Tumpuan kepada pengajaran guru menunjukkan rasa hormat dan membantu kita memahami dengan jelas apa yang diajar.
Selain itu, kita perlu menghormati mereka seperti kita menghormati ibu bapa kita. Apabila berbicara dengan mereka, gunakanlah kata-kata yang manis dan penuh budi bahasa. Janganlah bersikap berat tulang untuk menawarkan bantuan kepada mereka seperti mengangkat buku atau membersihkan kelas.
Apabila sudah berjaya, jangan sesekali melupakan jasa guru kita. Jangan jadi seperti kacang lupakan kulit.Jika ada kesempatan, kirimkanlah kad kepada mereka terutamanya pada Hari Guru. Malahan jika berpeluang kunjungilah mereka untuk bertanyakan khabar.
Akhir sekali, hadiah paling bermakna bagi membalas jasa guru ialah dengan menjadi murid yang berjaya dan cemerlang dalam bidang akademik serta menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.Guru pasti banggga jika anak didiknya menjadi insan berguna.
Harapan saya,sayangi dan hargailah jasa guru kita.
Pada hari Sabtu 29 Februari 2013 yang lalu, Persatuan Bahasa
Malaysia, Sekolah Kebangsaan Sri Mawar, Kuala Terengganu telah mengadakan lawatan sambil belajar ke
pameran buku, di Dewan Pusat Dagangan Terengganu. Lawatan ini disertai oleh 30
orang ahli persatuan dan dua orang guru penasihat.
Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah untuk
melihat dan memilih buku-buku bermutu
yang sesuai dibeli oleh murid.Selain itu
murid juga dapat menambah pengalaman semasa mengikuti lawatan sambil
belajar.Di samping itu juga,murid berpeluang membeli buku-buku dengan harga
promosi.
Kami berangkat dengan menaiki bas dari sekolah pada pukul 8 pagi
dan tiba di Dewan Pusat Dagangan
Terengganu setengah jam kemudian. Tempat
pertama yang menjadi destinasi kami adalah sudut pameran buku terbaharu. Semasa
berada di bahagian ini, kami berpeluang melihat berbagai-bagai jenis buku yang
dikeluarkan oleh DBP dan syarikat penerbitan buku yang lain.
Selepas itu, kami menuju ke setiap gerai buku yang disediakan.Di
situ terdapat penerbit yang mempamerkan dan mempromosikan buku daripada
syarikat masing-masing.Kami meluangkan masa untuk melihat dan membelek-belek
buku yang dipamerkan di setiap gerai.Selain gerai buku,terdapat juga gerai
menjual makanan dan minuman serta
cendarahati.Kami sempat membeli buku-buku rujukan dan latihan serta cenderamata untuk ahli
keluarga.
Pada
pagi tu,kami juga berpeluang menyertai pertandingan kuiz yang dianjurkan oleh pihak penganjur.Saya dan
beberapa orang kawan saya telah memenangi hadiah yang ditawarkan .Kami sangat
gembira.Suasana di pameran buku sangat meriah .Selain kami,ramai pelajar dari
sekolah lain juga turut ke pameran tersebut.
Sesungguhnya pameran buku kali ini amat berbeza dengan pameran
buku yang pernah dianjurkan sebelum ini..Pameran kali ini lebih meriah dan
lebih banyak buku yang dipamerkan.Oleh itu lawatan ini memberi pengetahuan dan
dapat menambahkan pengalaman kepada semua ahli. Harapan kami agar lebih
ramai murid di sekolah ini akan menyertai lawatan sambil belajar pada masa
depan.
Laporan disediakan oleh, 2 Mac 2012.
Laporan disediakan oleh, 2 Mac 2012.
………………………………
(MUQRI MUHAIMIN MAZRI)
Setiausaha, Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah Kebangsaan Sri Mawar.
(MUQRI MUHAIMIN MAZRI)
Setiausaha, Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah Kebangsaan Sri Mawar.
FAEDAH-FAEDAH MEMANFAATKAN PERPUSTAKAAN
Semua sekolah pasti ada kemudahan perpustakaan. Perpustakaan merupakan sebuah tempat yang menempatkan buku-buku dan menyediakan kemudahan kepada pelajar.
Perpustakaan merupakan gedung ilmu.Di perpustakaan terdapat
banyak buku seperti buku cerita, novel, majalah, buku rencana ,buku-buku
rujukan dan lain-lain lagi. Dengan
membaca, pengetahuan murid-murid semakin bertambah dan ini tentu membantu
murid-murid dalam pelajaran.Membaca itu jambatan ilmu.
Murid-murid dapat mengisi
masa lapang dengan memanfaatkan perpustakaan. Mereka yang selalu ke perpustakaan
akan terhindar daripada bergaul dengan
kacang hantu dan gejala yang tidak sihat
seperti melepak, bermain-main dan membuang
masa.Contohnya,pada masa rehat,murid dapat ke perpustakaan apabila selesai
makan.Masa terluang tersebut dapat murid isi dengan membaca buku atau surat
khabar sementara menunggu waktu pembelajaran seterusnya.
Selain itu, perpustakaan
adalah tempat membentuk disiplin diri. Perpustakaan mempunyai
peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi seperti larangan berbuat bising,
memulangkan buku mengikut tarikh, menyusun semula buku di raknya dan
seumpamanya lagi. Justeru, murid-murid dapat berlatih mendisplinkan diri di
perpustakaan dan ini diharap akan menjadi amalan dalam kehidupan mereka.
Selain membaca buku,murid-murid
juga dapat meminjam buku –buku seperti buku cerita atau buku rujukan.Buku-buku
yang dipinjam boleh dibaca dirumah pada
masa lapang atau sebagai bahan rujukan untuk belajar.Jadi , tidak perlu membeli
semua buku kerana sesetengah buku boleh dipinjam di perpustakaan. Ini tentu
dapat menjimatkan wang ibu bapa murid-murid.Wang yang diperuntukkan untuk membeli
buku-buku tersebut dapat digunakan untuk membeli keperluan sekolah yang lain.
Di perpustakaan juga,murid
dapat belajar,membuat rujukan dan
membuat ulangkaji dengan lebih tenang dan seronok .Ini kerana,di perpustakaan
terdapat peraturan-peraturan seperti dilarang berbuat bising,menjaga
disiplin semasa di situ.Terdapat sudut
perbincangan ,sudut melayari internet dan sebagainya.Murid juga dapat merujuk
guru atau petugas di perpustakaan jika perlukan bimbingan.
Kesimpulannya, perpustakaan
mempunyai banyak faedahnya. Oleh itu, menfaatkanlah perpustakaan yang
disediakan demi kemajuan kita dalam pelajaran.
SAMBUTAN HARI GURU
Tanggal 16 Mei setiap tahun,kita akan meraikan Hari Guru di
sekolah.Sekolah saya juga telah
mengadakan sambutan Hari Guru sebagai acara tahunan setiap 16 Mei. Tujuan
sambutan ini adalah untuk mengingati dan menghargai jasa guru yang telah mendidik anak bangsa dengan penuh dedikasi untuk menyampaikan ilmu.
Sejak awal pagi, semua murid,
guru dan ahli Persatuan Ibu Bapa dan
Guru telah berkumpul di dewan sekolah. Dewan sekolah telah dihias dengan bunga dan belon-belon yang cantik. Kain rentang yang digantung menghiasi dewan dengan kata penghargaan
untuk warga pendidik.Para hadirin
mengambil tempat duduk masing-masing di dalam dewan sebelum majlis bermula.
Majlis bermula tepat pada pukul 8.00 pagi
dengan bacaan doa. Selepas itu, juruacara menjemput ketua murid,wakil guru,YDP PIBG untuk menyampaikan ucapan.Ucapan diakhiri
oleh Guru Besar ,Tuan Haji Dagang bin
Hamzah seterusnya merasmikan sambutan
Hari Guru pada hari itu.
Setelah acara dewan,aktiviti diteruskan dengan
acara sukaneka dan permainan yang
melibatkan guru,murid dan ibu bapa.Acara yang dipertandingkan ialah isi air
dalam botol,lempar gelung rotan, tarik tali,menjaring bola,bola jaring dan bola sepak.Permainan
berlangsung dengan meriah sekali.
Seterusnya, persembahan koir, nyanyian ,
tarian dan deklamasi sajak yang
dipersembahkan oleh murid-murid dijalankan sebaik waktu rehat tamat. Para
tetamu terhibur dengan persembahan yang menarik ini. Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian
hadiah kepada pemenang dalam acara sukaneka dan permainan. Di samping itu,
sijil juga disampaikan kepada guru cemerlang. Wakil murid daripada setiap kelas
juga memberi bunga kepada setiap guru sebagai tanda penghargaan.
Sebelum acara berakhir,semua
murid mengambil peluang menyampaikan kad ucapan,cenderahati kepada para guru sebagai
penghargaan dan ucapan terima kasih mereka.Selepas itu,semua hadirin dijemput
untuk menikmati jamuan yang telah disediakan oleh pihak sekolah dan ibu bapa. Semua makanan yang
disediakan sedap-sedap belaka.
Menjelang pukul 2.00 petang, majlis bersurai.
Saya berasa penat tetapi gembira. Kita perlulah mengingati jasa guru dan
membalas jasa guru.
Ramai
orang menanam padi,
Padi
ditanam di dalam paya,
Banyak
budi perkara budi,
Budimu
guru dikenang selamanya.
No comments:
Post a Comment