Setelah 15 tahun di arena perguruan ini,sehingga ada anak didik yang telah berjaya ke menara gading,yang telah bekerja,yang belajar sekerat jalan,yang dah kawin pun ada.Murid datang dan pergi,silih berganti...Namun setiap kali tanggal 14 April,mereka tak pernah lupa ucapkan Selamat Hari Lahir pada ku...Amat2 terharu atas INGATAN anak2 didikku walau pun telah lama terpisah dan berada nunnn jauh di perantauan.
Marah ,nasihat, senda gurau memang asam garam murid dan guru,demi melihat kejayaan dan kecemerlangan anak2 murid..Lebih2 lagi Cg Azizah ni.. he..he..hee.kalau "SUHU PANAS" naik..siappp lahhh...kan..kan.."nada suara" kalah Ning Baizura.cewahhh.....tapi tu la kan..bila dah melangkah kaki ke sekolah menengah,pasti rasa rindu dan terngiang2 nak dengar suara Cg Azizah ni.he..he..hee...bukan nak angkat bakul,tapi tu yang diperkatakan oleh anak didik cikgu yg lepas2.....haaaa .tu la,DEKAT DISAYANG,JAUH DIKENANG
Apa2 pun,jauh di sudut hati seorang guru...bukan minta dibalas atas ilmu yang ditabur,cikgu cuma mengharapkan semua yang terbaik untuk setiap anak didik.Menjadi yang terbaik untuk diri sendiri, anak yang baik untuk ibu bapa ,murid yang berbakti kepada sekolah,masyarakat dan menjadi contoh ikutan serta berjaya pada masa depan.
Terima kasih untuk SUPRISE pada hari ini...terima kasih kerana mengingati,...terima kasihhhh kerana menjadi anak didik cikgu YANG BAIK,RAJIN DAN TEKUN.Cikgu sentiasa doakan kejayaan dan kecemerlangan sahsiah dan akademik kalian untuk DUNIA DAN AKHIRAT...TQ SO MUCH
murid 5 Delima siap tempah kek come utk cikgu..tocee.tocee
woohhh,gayer sakanggg,muka2 5A tahun depangg nihh
No comments:
Post a Comment