Birthday suprise!!Terima kasih muridku.

Birthday suprise!!
tahun ini, tanggal 14.4.14  merupakan tarikh cantik dalam hidup,tarikh birthday yang tak akan berulang dah..
pada masa rehat,ada murid cikgu,,Wani,menjengah ke bilik guru dan menjemput cikgu  masuk ke kelas 6 Nilam lepas rehat nanti,,hurmmm.time dlm kelas tadi y tak  inform terus,apa hal..maklum la,nak naik ke kelas tahun 6 di tingkat 4 .hu3,maunya,3/4 kali sehari turun naik tangga,mahu ketaq kepala lutut cikgu ni.lepas ni nak panjat tangga lagi untuk mengajar kelas yang satu lagi.tapi tak apa lah,demi muridku,,aku gagahkan jua.

bila cikgu  melangkah je masuk kelas...
lagu hapi birthday 2u menusuk telinga,,hu2..terharu..memang terharu.
TQ SO MUCH  pada semua muridku,yang mengingati dan meraikan hari lahir bersama cikgu
ish2..iskk.luv u all,cikgu sentiasa doakan kejayaan kalian dunia dan akhirat.
try ur best utk UPSR nanti.

nyum2..mmg sedap keknya.


tak habis kat sini je tauuu
he3.ada lagi...
hari ke dua,cikgu diraikan lagi dengan birthday suprise dari kelas yang lain pula (6 Delima)..hu3..terharuuuuu sangat,nasib baik  tak lemah jantung..he3.pandai budak2 ni buat suprise!!harap2 belajar semua pandai2 juga.
dan bagi suprise yg paling gempak time result UPSR nanti ya.
dapat lagi 2 bijik kek.ummmm..mmg sedappp!!
lebih2 lagi yang free,he3
bertuah badan.


jangan kecur air liur tgk kek ni dah la ya..he3



apa yang pasti,cikgu amat menyayangi kamu semua,kalian aset dunia dan akhirat.
belajar lah rajin2,amalkan segala ilmu yg di beri ke jalan yang diredhai.
wish ur olls best of luck.
study smart
TERIMA KASIH SEMUA.




Gotong royong bersama PIBG

aslmlkm
kali  ini cg nak paparkan suasana gotong royong yang telah diadakan pada 15 Mac 2014/Sabtu.Gotong royong ini melibatkan semua guru dan para ibu bapa serta JKKK .Para ibu bapa dari Kampung Gemuroh,Kg Sungai Ikan dan Kg Banggol Nyior sudah hadir seawal jam 8 pagi.pihak sekolah amat berbesar hati dan berterima kasih serta bersyukur dengan sambutan  serta kerjasama yang telah diberikan oleh para ibu bapa.

Masing2  telah membawa dan turut menyediakan kemudahan seperti mesin menebang pokok,cangkul,parang serta lori bagi kemudahan menyangkut serta membuang pokok-pokok yang telah ditebang,syabas kepada semua dan terima kasih pada semua yg terlibat.
kemah keming semua !!

sekitar program gotong royong.


hero malaya bersisip parang tu..


para ibu menanam pokok pinag di sepanjang padang sekolah

menebang pokok2 yang telah kering/mati untuk mengelakkan risiko kepadamurid dan bangunan sekolah

menyiram tanah sebelum mencangkul,kering kontang tanah ,lama tak hujan,tapi syukur alhamdulilah,setelah selesai tanam pokok,hujan turun membasahi bumi setelah beberapa mingu kemarau panjang.hari yang barakah,syukur

















terima kasih pada semua
segala bakti yang dicurah
Allah saja yang menbalasnya

terima kasih daun keladi.




mencipta kecemerlangan 2014

tahun 2014 ,sekolah kita terus mencipta nama
mg terus gah dalam kecemerlanagn akademik dan ko kurikulum

bola jaring berjaya menjadi naib  johan KTU 
2 murid iaitu Nadia dan Harmanita berjaya terpilih mewakili daerah.tahniah




ping pong menjuarai derah kuala terengganu dan akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan di kuala lumpur mac nanti.mg trs cemerlang dan tahniah pd semua

Majlis Persaraan Tn Hj Dagang b Hamzah

Detik dan waktu akan pasti tiba jua.kami guru2 ni pun memang pasti akan menjalani persaraan bila cukup tempoh waktunya.Sedih dan terharu berbaur menjadi satu,manakan tidak...banyak kenangan dan jasa yg telah dipatri di Sk Kg Gemuroh ni.

Wb pun,kami sentiasa mengharapkan yang terbaik dan mendoakan beliau sihat serta menjalani hari2 selepas persaraan dengan tenang.

TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA
jasamu tetap dikenang selamanya.














ucapan drp YDP PIBG

barisan PIBG SKKG yang turut serta

ucapan dan amanat terakhir di SKKG

persembahan murid tahun 6D




tidak mampu menahan kesedihan dan kesayuan hati..mmg menyentuh  dan meruntun hati tak kala balangkasuka di tayangkan







meraikan hari lahir 


manja aksi Cg Hj Jik PK1 kite menyuap kek utk GB






cikgu akan sentiasa dikenang selalu...

Majlis persaraan tak habis di sini,Majlis disambung di Matahari oriental Cuisine..ha3.jauh tu ...
majlis diteruskan dengan acara jamuan perpisahan  guru2 yang bertukar ke sekolah lain iaitu Pn Shamsida,yg berhijrah ke SK Kompleks Tembesu sebagai PK1.dan juga cg Saufe yg bertukar ke SK mengabang Telipot. serta Pn Natrah  pembantu pra berhijrah ke  SK Bukit Guntong setelah berkhidmat selama 23 tahun di SKKG.Walau di mana kita berada,perjuangan mendidik anak bangsa tetap diteruskan,cuma berlainan lokasi shj.