Sekitar perkhemahan unit beruniform 2010

Perkhemahan unit beruniform telah diadakan pada 6-8 Mei (Khamis-Sabtu)selama 3 hari 2 malam bertempat di padang SK Kampung Gemuroh,anjuran bersama pihak sekolah dan PIBG.Golongan sasar murid tahun 4,5 dan 6 seramai 91 orang.

1.Deretan khemah yang siap dipasang oleh murid.Ha...bukan main semangat lagi ustazah W.Suhaila dan  Angah ikat gajet bantu murid tu..



2.Niii acara masak-memasak..maklumlah ,murid lelaki..kalau tak dibantu guru,,alamak makan sudip dan kuali je lah..nasib ada chef Zazmi yang buat tunjuk cara.Ha,murid-murid,tengok baik-baik chef Zazmi turunkan ilmu tu..
3.Ini pula acara pertandingan masakan.Masakan berasaskan telur dan sardin untuk makan malam.Tengoklah bakal-bakal chef ni..moga-moga lepas ni,rajin-rajinlah bantu ibu di dapur.

4.Ini peserta paling cilik....tumpang khemah sekali abang-abang dan kakak-kakak.....Pada waktu malam,murid menjalankan aktiviti Kembara Ilmu mengikut stesyen yang telah ditetapkan.
5.Hari kedua perkhemahan,murid menjalankan aktiviti pertandingan kawad kaki.Selepas itu,ada tunjuk cara rawatan bantu mula oleh JPA3.Selepas itu,murid lelaki buat rombongan ke masjid menjalankan kewajipan mereka.Acara sukaneka pula menyusul pada sebelah petangnya..ha..ni lah,suasana kemeriahan acara dan muka-muka manco dan cun terlebih bedak.yang sempat dirakamkan.




6.Acara malam kesenian menyusul pada sebelah malam.Murid mengadakan persembahan mengikut tema yang telah ditetapkan.Kreatif juga kiranya mereka mempersembahkan idea.

7.Hip,hip,hip horeyyyyy.Selamat pulang.....Kira ada peruntukan dan kelapangan,Tahun hadapan berkhemah  lagi.