Belajar bahagian c

Langkah 1.kenalpasti nilai


NILAI    -     AYAT

(kerjasama )-Kita mesti membuat kerja secara bergotong royong.
(Berjimat cermat/berhemat )-Najmi tidak boros apabila berbelanja.
(Hormat ibu bapa) -Zahirah selalu meminta izin ibu bapanya terlebih dahulu sebelum keluar ke mana-mana.

cuba kenalpasti nilai berdasarkan ayat di bawah.
1.Cikgu Azizah mendengar dengan teliti keterangan yang disampaikan oleh mereka sebelum menjatuhkan hukuman.

2.Syifa melihat sebuah rumah terbakar semasa pulang dari sekolah.Dia terus menelefon bomba.

3.Najah mendengar suara anak kucing dari dalam longkang lalu menghampirinya.

4.Ika sedih apabila melihat keadaan pengemis itu.

5.Semua murid berdiri tegak apabila lagu Negaraku dinyanyikan.

6.hari Khamis,Zaim akan bertugas membaca doa .

7.Ikmal dan Fazil berkawan baik sejak mereka di tahun satu lagi.

8.Soffan dan Fadilah melawat jiran mereka yang sakit di hospital sambil membawa buah tangan.

9.Syazwani sentiasa menjaga tutur katanya apabila bercakap dengan orang tua.

10.Mohd Yusof meminta maaf dan menyesal kerana tidak menyiapkan kerja sekolahnya.

11.Fadli mengayuh basikal dengan berhati-hati di jalan raya.

12.Jannah tidak berani memberitahu keputusan peperiksaannya yang teruk kepada ibu bapa.

13.Wanie tidak takut untuk menerangkan hal sebenar kerana sememangnya dia tidak bersalah.

14.Fatima membasuh kasut dan menggosok pakaian sekolahnya sendiri.

15.Hamidah menyapu sampah sarap di halaman rumahnya.

16.Siti menjaga adik seperti yang disuruh oleh ibunya apabila ibunya ke pasar

17.Amsyar sayang kepada adik-adiknya.

18.Alif sentiasa mengulangkaji pelajaran dan menyiapkan kerja yang diberi oleh guru.



LATIHAN-kenalpasti 5 nilai dalam petikan

NILAI  dan AYAT

1 (Menghargai masa) -Farid terlewat ke sekolah kerana lambat bangun.

2 (Menjaga kesihatan) -Farid tidak sempat bersarapan

3 .(                           )-Dia terus mengayuh basikalnya dengan laju menuju ke sekolah.

4   (                          )-Farid pengsan semasa perhimpunan pagi dan guru bertugas membawa Farid ke bilik
                                    rawatan

5  (                            )-Farid mengucapkan terima kasih kepada guru yang membantunya.



LATIHAN 

1 (               )Kakak ingin menolong Azwana membalut buku yang baru dibelinya.

2  (              )Azwana mengucapkan terima kasih kepada kakaknya.

3  (              )Azwana selalu menolong ibu dan bapanya membuat kerja rumah seperti melipat kain dan mencuci kereta.

4  (              )Azwana mengemas sendiri bilik tidurnya.

5  (               )Azwana sentiasa menjaga kebersihan dirinya.



LATIHAN

1  (               ) Halim bersarapan bersama keluarga sebelum ke sekolah.

2  (               ) Halim bersalam dengan ibunya .

3   (              ) Halim tiba awal di sekolah.

4   (              ) Halim bertugas membersihkan kelasnya.

5   (               )Semua guru memuji kelas Halim yang cantik dan bersih.



LATIHAN

1  (                   ) Amirah membaca buku sambil menunggu bas sekolahnya.

2   (                  ) Amirah member baki wang belanjanya kepada pengemis itu.

3   (                   ) Pengemis itu mengucapkan terima kasih sebelum pergi.

4   (                   ) Amirah beratur sebelum menaiki bas sekolahnya.

5   (                   )  Amirah menegur seorang murid yang membuang sampah melalui tingkap bas.



LATIHAN

1   (                  )Semut keluar mencari rezeki bersama kumpulannya.

2   (                  ) Semut-semut itu bekerja dengan bersungguh-sungguh .

3   (                  ) Semut terjatuh ke dalam sungai lalu seekor burung menjatuhkan sehelai daun.


membina ayat berdasarkan nilai
NILAI /AYAT

1 Tekun berusaha Ali selalu hadir latihan sukan agar berjaya dalam pertandingan sukan sekolahnya tiga minggu lagi.

Ayat lengkap Kita mesti tekun berusaha iaitu dengan selalu menjalani latihan sukan untuk berjaya.

NILAI/ AYAT

2 Hormat guru Ali patuh dengan nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan oleh gurunya.

Ayat lengkap

Kita hendaklah hormat guru contohnya mendengar nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan oleh guru.



NILAI AYAT

3 Menjaga kesihatan diri Ali menjaga pemakanannya setiap hari dengan memastikan makanan tersebut berkhasiat dan seimbang.

Ayat lengkap Kita perlu menjaga kesihatan diri seperti makan makanan berkhasiat dan seimbang

NILAI/ AYAT

4 Rajin belajar Ali selalu mengulangkaji pelajarannya pada waktu malam.

Ayat lengkap

Kita juga haruslah rajin belajar iaitu dengan mengulangkaji pelajaran.


NILAI /AYAT

5 Menghargai kejayaan Ali telah menjadi johan 100m dan semua kawannya mengucapkan tahniah kepadanya.

Ayat lengkap

Kita mesti menghargai kejayaan rakan kita contohnya mengucapkan tahniah.

membuat rumusan nilai

         Nilai murni yang saya dapati ialah,kita mesti_______________iaitu dengan_____________.Seterusnya,kita  hendaklah______________contohnya______________ .Selain itu,kita perlu______seperti___________________ .Di samping itu,kita haruslah _______________ dengan _________. Akhir sekali,kita sewajarnya  _________________ contohnya ___________________.



Contoh rumusan nilai

          Nilai murni yang saya dapati ialah,kita mesti tekun berusaha iaitu dengan selalu menjalani latihan sukan untuk berjaya Seterusnya, kita hendaklah hormat guru contohnya mendengar nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan oleh guru..Selain itu,kita perlu menjaga kesihatan diri seperti makan makanan berkhasiat dan seimbang .Di samping itu,kita haruslah rajin belajar dengan mengulangkaji pelajaran.. Akhir sekali,kita sewajarnya  menghargai kejayaan contohnya dengan mengucapkan tahniah.